News Update :

Moto GP News

Basketball News

Formula 1 News

ISLAM DATANG,....

Senin, 27 Juni 2011


Islam datang membawa satu konsep baru untuk umat manusia, konsep mengenai hakikat segala tali temali dan alat penghubung. Serentak dengan itu Islam juga membawa satu konsep baru mengenai hakikat nilai-nilai dan hakikat dari manakah nilai-nilai itu perlu ditatang-terima.
Islam datang untuk membawa umat manusia kembali ke pangkuan Tuhannya, juga untuk menjadikan kuasa Tuhan itu sebagai kuasa yang tunggal tempat manusia menggapai dan mendapatkan nilai-nilai, seperti mana juga manusia itu memperoleh wujud dan hidup dirinya; juga tempat manusia kembali, seperti juga dari iradat-Nya manusia merangkak keluar ke dunia dan ke pangkuanNya manusia kelak kembali.
Islam datang untuk menetapkan bahawa di sana hanya satu saja tali dan alat penghubung yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Bila sajatali itu rapuh dan putus maka tiadalah lagi tali yang lain.

Football News

 

© Copyright Sinau 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.